-
Kejadian 24:34Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
34 Kemudian hamba itu berkata, “Aku hamba Abraham.+
-
-
Kejadian 24:37Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
37 Tuan aku menyuruh aku bersumpah lalu dia berkata kepadaku, ‘Janganlah cari seorang gadis dari negeri yang aku tinggal ini, iaitu gadis Kanaan, untuk dijadikan isteri kepada anakku.+
-
-
Keluaran 34:15, 16Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
15 Berhati-hatilah dan jangan membuat perjanjian dengan penduduk di tanah itu. Hal ini demikian kerana apabila mereka mempersembahkan korban dan menyembah tuhan-tuhan mereka,*+ mereka akan menjemput kamu, lalu kamu akan memakan korban yang telah dipersembahkan itu.+ 16 Kemudian kamu pasti akan mengahwinkan anak lelaki kamu dengan anak perempuan mereka.+ Apabila anak perempuan mereka menyembah tuhan-tuhan lain, anak lelaki kamu juga akan berbuat demikian.+
-
-
1 Raja-Raja 11:1-3Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
11 Raja Salomo mencintai banyak wanita bangsa asing.+ Selain puteri Firaun,+ dia juga mencintai wanita bangsa Moab,+ Ammon,+ Edom, Sidon,+ dan Het.+ 2 Berkenaan bangsa-bangsa itu, Yehuwa pernah berfirman kepada orang Israel, “Kamu tidak boleh berkahwin dengan mereka, dan mereka juga tidak boleh berkahwin dengan kamu, kerana mereka pasti akan mempengaruhi kamu untuk menyembah tuhan-tuhan mereka.”+ Tetapi Salomo akrab dengan mereka dan amat mencintai mereka.* 3 Dia berkahwin dengan 700 orang puteri dan mempunyai 300 orang gundik. Mereka beransur-ansur mempengaruhinya untuk menyembah tuhan-tuhan lain.
-