-
Kejadian 15:13Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
13 Kemudian Tuhan berfirman kepada Abram, “Ketahuilah bahawa keturunanmu akan menjadi orang asing di negeri lain. Mereka akan menjadi hamba di sana dan akan ditindas selama 400 tahun.+
-
-
Kejadian 17:1Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
17 Semasa Abram berumur 99 tahun, Yehuwa menampakkan diri kepada Abram lalu berfirman, “Aku ialah Tuhan Yang Maha Kuasa. Hendaklah engkau sentiasa hidup selaras dengan kehendak-Ku* dan buktikan bahawa engkau tidak bercela.
-