-
Keluaran 28:6-8Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
6 “Efod haruslah ditenun daripada benang emas, benang biru, benang merah, kain bulu yang dicelup ungu, dan kain linen halus yang dipintal.+ 7 Bahagian depan dan belakang efod haruslah disambungkan dengan menggunakan dua helai kain bahu. 8 Tenunlah pengikat pinggang+ efod daripada bahan yang sama, iaitu benang emas, benang biru, benang merah, kain bulu yang dicelup ungu, dan kain linen halus yang dipintal. Pengikat itu haruslah dijahit pada efod supaya efod dapat diikat dengan rapi pada pinggang.
-