-
Keluaran 28:26-28Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
26 Kemudian buatlah dua gelang emas dan pasangkan gelang-gelang itu pada sudut bahagian bawah penutup dada, yang kena pada efod.+ 27 Buatlah dua gelang emas lagi dan pasangkan gelang-gelang itu di bahagian bawah sebelah depan efod, iaitu di atas pengikat pinggang efod yang ditenun, dekat jahitan yang menyambungkan pengikat pinggang dengan efod.+ 28 Gunakanlah seutas tali biru untuk menyambungkan gelang penutup dada itu dengan gelang yang ada pada efod, supaya penutup dada itu terletak di atas pengikat pinggang dan tidak terlepas daripada efod.
-