-
Kejadian 46:33, 34Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
33 Jika Firaun memanggil kamu dan bertanya, ‘Apakah pekerjaan kamu?’ 34 katakanlah kepadanya, ‘Hamba sekalian menjaga biri-biri dan lembu sejak muda lagi, seperti nenek moyang hamba sekalian.’+ Dengan demikian, kamu akan diizinkan untuk tinggal di Gosyen,+ kerana semua gembala biri-biri dipandang hina oleh orang Mesir.”+
-
-
Keluaran 10:25, 26Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
25 Musa berkata, “Tidak, tuanku juga harus membenarkan hamba semua membawa binatang untuk dipersembahkan sebagai korban kepada Yehuwa, Tuhan hamba semua.+ 26 Hamba semua mesti membawa semua ternakan. Tidak ada seekor pun yang boleh ditinggalkan, kerana hamba semua akan memilih beberapa ekor binatang untuk beribadat kepada Yehuwa, Tuhan hamba semua. Hamba semua tidak tahu apa yang hendak dipersembahkan kepada Yehuwa selagi hamba semua belum tiba di sana.”
-