-
Imamat 22:18-20Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
18 “Beritahulah Harun dan anak-anak lelakinya serta semua orang Israel, ‘Apabila kamu atau orang asing yang tinggal dalam kalangan kamu mempersembahkan korban bakar+ secara sukarela atau kerana ingin menunaikan ikrar kepada Aku, Yehuwa,+ 19 dia harus mempersembahkan seekor lembu jantan, atau bebiri jantan, atau kambing jantan, yang tidak ada kecacatan.+ Dengan demikian orang itu akan mendapat perkenan-Ku. 20 Jangan persembahkan binatang yang ada kecacatan+ kerana Aku tidak akan menerima korban sebegitu.
-
-
Ulangan 17:1Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
17 “Kamu tidak boleh mempersembahkan lembu atau bebiri yang mempunyai sebarang kecacatan sebagai korban kepada Yehuwa, Tuhan kamu. Hal ini demikian kerana perkara itu merupakan sesuatu yang dibenci oleh Yehuwa, Tuhan kamu.+
-