-
Keluaran 10:8-11Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
8 Maka Firaun memanggil Musa dan Harun lalu berkata kepada mereka, “Pergilah beribadat kepada Yehuwa, Tuhan kamu. Tetapi siapakah yang akan pergi?” 9 Musa menjawab, “Hamba sekalian akan pergi, termasuk orang muda, orang tua, anak lelaki, dan anak perempuan hamba sekalian. Hamba sekalian juga akan membawa kawanan biri-biri dan lembu,+ kerana hamba sekalian akan menyambut perayaan untuk Yehuwa.”+ 10 Firaun berkata, “Sekiranya beta membenarkan kamu dan anak-anak kamu pergi, kamu pasti akan berkata bahawa Yehuwa menyertai kamu!+ Jelaslah, kamu semua berniat jahat. 11 Tidak! Hanya kaum lelaki yang boleh pergi untuk beribadat kepada Yehuwa, kerana itulah yang kamu mahu.” Selepas itu, mereka dihalau dari hadapan Firaun.
-
-
Mazmur 105:38Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
38 Ketika mereka keluar, orang Mesir bergembira,
Kerana orang Mesir takut akan mereka.+
-