PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Keluaran 22:29
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 29 “Jangan teragak-agak untuk mempersembahkan sebahagian daripada hasil tuaian, minyak, dan wain kamu yang melimpah kepada-Ku.+ Kamu mesti mengekhaskan setiap anak lelaki sulung kepada-Ku.+

  • Keluaran 34:19, 20
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 19 “Setiap anak lelaki sulung dan anak jantan sulung ternakan kamu merupakan milik-Ku,+ tidak kira lembu jantan atau biri-biri jantan.+ 20 Setiap anak sulung keldai haruslah ditebus dengan seekor biri-biri. Jika tidak, kamu harus mematahkan leher keldai itu. Setiap anak lelaki sulung kamu juga harus ditebus.+ Tiada sesiapa pun yang boleh menghadap Aku dengan tangan kosong.

  • Imamat 27:26
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 26 “‘Anak sulung binatang tidak boleh dipersembahkan kepada Aku, kerana anak sulung binatang memang sudah dikhaskan untuk Aku, Yehuwa.+ Anak lembu atau anak bebiri atau anak kambing yang sulung merupakan milik Aku, Yehuwa.+

  • Bilangan 3:13
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 13 Hal ini demikian kerana ketika Aku membunuh semua anak sulung orang Mesir,+ Aku telah mengekhaskan setiap anak lelaki sulung orang Israel, dan setiap anak jantan sulung ternakan mereka,+ untuk menjadi sesuatu yang suci bagi-Ku. Sesungguhnya, semua anak sulung merupakan milik-Ku.+ Akulah Yehuwa.”

  • Lukas 2:22, 23
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 22 Kemudian, tibalah masanya untuk mereka menjalankan upacara penyucian menurut Hukum Musa.+ Oleh itu, mereka membawa anak itu ke Yerusalem untuk menghadapkannya kepada Yehuwa,* 23 selaras dengan apa yang tertulis dalam Hukum Yehuwa:* “Setiap anak lelaki sulung mesti dikhususkan* untuk Yehuwa.”*+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi