-
Keluaran 6:7Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
7 Kamu akan menjadi umat-Ku, dan Aku akan menjadi Tuhan kamu.+ Sesungguhnya, kamu akan tahu bahawa Akulah Yehuwa, Tuhan kamu yang membebaskan kamu daripada beban yang dikenakan oleh orang Mesir.
-
-
Bilangan 16:28, 29Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
28 Kemudian Musa berkata, “Inilah caranya kamu akan tahu bahawa Yehuwalah yang menyuruh aku melakukan semua ini, dan bahawa aku tidak melakukan semua ini menurut kehendakku sendiri. 29 Jika semua orang itu mati dengan cara biasa, dan jika mereka menerima hukuman seperti yang biasa diterima oleh orang lain, maka hal itu menunjukkan bahawa Yehuwa tidak mengutus aku.+
-