-
Keluaran 20:9, 10Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
9 Kamu boleh bekerja selama enam hari,+ 10 tetapi hari ketujuh ialah hari Sabat yang dikhaskan untuk Aku, Yehuwa, Tuhan kamu. Pada hari itu, kamu tidak boleh bekerja, begitu juga dengan anak lelaki dan anak perempuan kamu, hamba lelaki dan hamba perempuan kamu, ternakan kamu, dan orang asing yang menetap di kota kamu.+
-
-
Keluaran 31:13Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
13 “Beritahulah orang Israel, ‘Kamu wajib mematuhi hukum-Ku untuk menyambut hari Sabat+ secara turun-temurun, kerana hari itu ialah tanda perjanjian antara Aku dengan kamu. Dengan demikian, kamu akan tahu bahawa Aku, Yehuwa, menyucikan kamu.
-
-
Ulangan 5:15Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
15 Ingatlah bahawa Aku, Yehuwa, telah membebaskan kamu daripada perhambaan di Mesir. Aku telah menghulurkan tangan-Ku yang kuat dan perkasa untuk menyelamatkan kamu.+ Itulah sebabnya Aku, Yehuwa, memerintahkan kamu untuk merayakan hari Sabat.
-