-
Keluaran 31:13, 14Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
13 “Beritahulah orang Israel, ‘Kamu wajib mematuhi hukum-Ku untuk menyambut hari Sabat+ secara turun-temurun, kerana hari itu ialah tanda perjanjian antara Aku dengan kamu. Dengan demikian, kamu akan tahu bahawa Aku, Yehuwa, menyucikan kamu. 14 Kamu mesti menyambut hari Sabat kerana hari itu ialah hari yang suci bagi kamu.+ Sesiapa yang melanggar hukum Sabat mesti dihukum mati. Jika ada sesiapa yang bekerja pada hari itu, orang itu mesti dihukum mati.+
-
-
Ulangan 5:12-14Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
12 “‘Jangan lupa untuk merayakan hari Sabat dan memandangnya sebagai hari yang suci, sebagaimana yang telah Aku, Yehuwa, Tuhan kamu, perintahkan kepada kamu.+ 13 Selama enam hari kamu boleh bekerja.+ 14 Tetapi hari ketujuh ialah hari Sabat yang dikhaskan untuk Aku, Yehuwa, Tuhan kamu.+ Pada hari itu, kamu tidak boleh bekerja,+ begitu juga dengan anak lelaki dan anak perempuan kamu, hamba lelaki dan hamba perempuan kamu, lembu dan keldai serta ternakan kamu yang lain, dan orang asing yang menetap di kota-kota kamu.+ Dengan demikian hamba lelaki dan hamba perempuan kamu juga dapat berehat.+
-