-
Bilangan 35:11Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
11 kamu harus memilih beberapa buah kota yang senang didatangi sebagai kota perlindungan. Dengan itu, jika ada sesiapa yang membunuh orang dengan tidak sengaja, orang itu dapat melarikan diri ke kota-kota tersebut.+
-
-
Bilangan 35:22-25Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
22 “‘Tetapi jika seseorang dengan tidak sengaja dan tanpa niat jahat mencederakan seorang yang lain yang tidak dibencinya, sama ada dengan menolaknya atau melemparkan sesuatu kepadanya,+ 23 atau menjatuhkan batu lalu batu itu menimpa orang itu kerana dia tidak melihat orang itu, lalu orang itu mati, tetapi dia tidak bermaksud untuk membunuh, dan orang yang terbunuh itu pun bukan musuhnya, 24 maka orang yang membunuh dengan tidak sengaja dan orang yang berhak menuntut pembalasan* harus diadili oleh para hakim. Para hakim harus mengadili perkara itu menurut peraturan yang telah ditetapkan.+ 25 Para hakim harus menyelamatkan orang yang membunuh itu daripada orang yang berhak menuntut pembalasan,* lalu membawanya kembali ke kota perlindungan, tempat dia melarikan diri. Dia harus tinggal di sana sehingga imam agung* pada masa itu meninggal.+
-
-
Ulangan 19:3-5Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
3 Kamu harus membahagikan tanah yang akan diberikan oleh Yehuwa kepada kamu itu menjadi tiga bahagian. Tiga buah kota yang dipilih itu mesti terletak di tiga bahagian tersebut, dan kamu harus membina jalan ke kota-kota itu supaya orang yang membunuh dapat melarikan diri ke sana.
4 “Jika seseorang membunuh dengan tidak sengaja, inilah peraturan yang harus dipatuhi agar dia selamat: Katakan dia membunuh orang lain dengan tidak sengaja, dan dia tidak membenci orang itu;+ 5 misalnya, dia pergi ke hutan untuk mengumpulkan kayu bersama kawannya, dan semasa dia mengayunkan kapaknya untuk menebang pokok, mata kapaknya terlepas lalu terkena kawannya dan kawannya mati, dia mesti melarikan diri ke salah satu kota itu supaya dia selamat.+
-
-
Yosua 20:7-9Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
7 Maka orang Israel mengkhususkan kota-kota berikut sebagai kota perlindungan: Kedes+ di Galilea, iaitu di kawasan pergunungan Naftali; Sikhem+ di kawasan pergunungan Efraim; dan Kiryat-arba,+ iaitu Hebron di kawasan pergunungan Yehuda. 8 Di kawasan sebelah timur Sungai Yordan, berdekatan Yerikho, mereka memilih Bezer+ di padang belantara yang terletak di dataran tinggi, iaitu di wilayah suku Ruben; Ramot+ di Gilead, iaitu di wilayah suku Gad; dan Golan+ di Basan, iaitu di wilayah suku Manasye.+
9 Itulah kota-kota perlindungan yang dipilih untuk semua orang Israel dan orang asing dalam kalangan mereka. Sesiapa yang telah membunuh seseorang dengan tidak sengaja boleh melarikan diri ke sana.+ Dia tidak akan dibunuh oleh orang yang berhak menuntut pembalasan* tanpa diadili di hadapan umum terlebih dahulu.+
-