-
Keluaran 37:1-5Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
37 Bezaleel+ membuat tabut perjanjian+ daripada kayu akasia. Tabut itu berukuran kira-kira 111 sentimeter panjang, kira-kira 67 sentimeter lebar, dan kira-kira 67 sentimeter tinggi.*+ 2 Dia menyaluti bahagian dalam dan luar tabut itu dengan emas tulen. Dia juga membuat bingkai emas untuk menghiasi bahagian atasnya.+ 3 Kemudian dia membuat empat gelang emas dan memasangkan gelang itu dekat keempat-empat kaki tabut, iaitu dua gelang pada satu sisi dan dua gelang pada sisi sebelah. 4 Dia membuat kayu-kayu pengusung daripada kayu akasia dan menyalutinya dengan emas.+ 5 Selepas itu, dia memasukkan kayu pengusung tersebut ke dalam gelang pada kedua-dua sisi tabut agar tabut dapat diusung.+
-