-
Imamat 24:5, 6Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
5 “Ambillah tepung gandum yang terbaik dan buatlah 12 ketul roti yang berbentuk gelang. Setiap ketul roti itu mesti dibuat daripada dua persepuluh efa* tepung. 6 Letakkanlah roti-roti itu di atas meja yang disaluti emas tulen,+ yang terletak di hadapan Aku, Yehuwa. Letakkanlah roti-roti itu dalam dua bahagian dan susunkannya secara berlapis-lapis, iaitu enam ketul pada setiap bahagian.+
-
-
1 Samuel 21:6Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
6 Maka imam itu memberikan roti yang suci kepada Daud+ kerana roti yang ada di situ hanyalah roti yang dipersembahkan kepada Tuhan. Roti itu telah diambil dari khemah suci Yehuwa untuk digantikan dengan roti baharu pada hari yang sama.
-
-
2 Tawarikh 13:11Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
11 Setiap pagi dan petang, mereka mempersembahkan korban kepada Yehuwa dan membakarnya sehingga asap naik.+ Mereka juga membakar kemenyan yang harum,+ meletakkan roti-roti berlapis*+ di atas meja emas tulen, dan menyalakan pelita-pelita pada kaki pelita emas+ setiap petang.+ Kami memenuhi kewajipan kami terhadap Yehuwa, Tuhan kami, sedangkan kamu meninggalkan Dia.
-