-
Keluaran 37:17-24Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
17 Dia membuat kaki pelita+ daripada emas tulen yang ditempa. Kaki pelita itu mempunyai alas dan batang, dan cabang-cabang yang keluar daripada batang itu. Pada setiap cabang itu ada sepal, kuncup, dan kelopak bunga.+ 18 Ada enam cabang yang keluar daripada batang kaki pelita itu, iaitu tiga pada satu sisi dan tiga pada sisi sebelah. 19 Setiap cabang pada satu sisi mempunyai tiga sepal yang berbentuk bunga badam, tiga kuncup, dan tiga kelopak bunga. Semuanya disusun secara berselang-seli. Dia melakukan hal yang sama untuk setiap cabang yang ada pada sisi sebelah. Demikianlah keenam-enam cabang yang keluar daripada batang pelita itu. 20 Batang kaki pelita itu pula mempunyai empat sepal yang berbentuk bunga badam, empat kuncup, dan empat kelopak bunga. Semuanya disusun secara berselang-seli. 21 Ada satu kuncup di bawah pasangan cabang yang pertama, satu kuncup di bawah pasangan cabang yang kedua, dan satu kuncup lagi di bawah pasangan cabang yang ketiga. Demikianlah keenam-enam cabang yang keluar daripada batang pelita itu. 22 Kesemua kuncup dan cabang serta seluruh kaki pelita itu ditempa daripada seketul emas tulen. 23 Kemudian dia membuat tujuh buah pelita+ untuk kaki pelita itu. Dia juga membuat penyepit dan bekas perbaraan daripada emas tulen. 24 Kaki pelita itu dan semua peralatannya diperbuat daripada 34.2 kilogram* emas tulen.
-