-
Bilangan 4:14, 15Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
14 Di atas mazbah itu, mereka harus meletakkan peralatan berikut, yang digunakan semasa mereka berkhidmat di mazbah: Bekas perbaraan, garpu, penyodok, mangkuk, dan semua peralatan lain.+ Kemudian mereka harus menutup semua itu dengan sehelai kain yang dibuat daripada kulit anjing laut, lalu memasangkan kayu pengusung+ mazbah.
15 “Apabila orang Israel memindahkan perkhemahan mereka, Harun dan anak-anak lelakinya mesti menutup semua peralatan di dalam khemah suci.+ Kemudian barulah orang Kehat boleh masuk untuk mengangkat benda-benda itu.+ Tetapi mereka tidak boleh menyentuh benda-benda suci itu. Jika mereka menyentuhnya, mereka akan mati.+ Orang Kehat ditugaskan untuk mengangkat benda-benda suci itu.
-