-
Keluaran 28:1-3Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
28 “Panggillah abangmu Harun+ dan anak-anak lelakinya,+ iaitu Nadab, Abihu,+ Eleazar, dan Itamar+ daripada kalangan umat Israel untuk berkhidmat sebagai imam kepada-Ku.+ 2 Buatlah pakaian suci sebagai lambang kemuliaan dan keindahan untuk abangmu Harun.+ 3 Panggillah orang yang mahir, yang telah Aku kurniai kebijaksanaan,+ dan suruhlah mereka membuat pakaian Harun supaya dia dapat disucikan untuk berkhidmat sebagai imam kepada-Ku.
-
-
Keluaran 28:43Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
43 Semua itu haruslah dipakai oleh Harun dan anak-anak lelakinya semasa mereka memasuki khemah pertemuan, atau semasa mereka mendekati mazbah untuk bertugas di khemah suci. Mereka mesti berbuat demikian supaya mereka tidak berdosa lalu dihukum mati. Perintah ini haruslah sentiasa dipatuhi oleh Harun dan keturunannya.
-