-
Imamat 8:25-28Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
25 Kemudian Musa mengambil lemak bebiri jantan itu, termasuk lemak pada usus dan hatinya. Dia juga mengambil ekornya yang berlemak, kedua-dua ginjal dengan lemaknya, dan kaki kanannya.+ 26 Daripada bakul roti tidak beragi yang terletak di hadapan Yehuwa, dia mengambil seketul roti berbentuk bulat,+ seketul roti berbentuk gelang yang dicampurkan dengan minyak,+ dan sekeping roti nipis. Dia meletakkan semua itu di atas lemak dan kaki kanan bebiri tersebut. 27 Selepas itu dia meletakkan semua itu di tangan Harun dan tangan anak-anak lelakinya lalu mengayunkan semuanya ke depan dan belakang sebagai korban kepada Yehuwa. 28 Kemudian dia mengambil korban itu daripada mereka dan membakarnya di atas mazbah bersama korban bakar yang dipersembahkan kepada Tuhan. Itulah korban untuk upacara pelantikan imam. Bau daripada korban yang dibakar itu menyenangkan hati Yehuwa.
-