-
Imamat 10:1Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
10 Tidak lama kemudian, anak-anak Harun, iaitu Nadab dan Abihu,+ mengambil bekas perbaraan masing-masing, mengisinya dengan bara api, dan membubuh kemenyan+ ke atas bara api itu. Mereka mempersembahkannya kepada Yehuwa, walaupun mereka tidak diperintahkan untuk berbuat demikian. Oleh itu, persembahan yang diberikan oleh mereka itu haram.+
-
-
2 Tawarikh 26:18Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
18 dan mencuba menghalangnya. Mereka berkata, “Tuanku Uzia! Tuanku tidak berhak membakar kemenyan kepada Yehuwa!+ Hanya para imam yang boleh berbuat demikian kerana mereka ialah keturunan Harun+ yang telah disucikan. Tinggalkanlah tempat suci ini. Tuanku telah bertindak tidak setia kepada Tuhan, dan tuanku tidak akan memperoleh penghormatan daripada Tuhan Yehuwa kerana hal ini.”
-
-
Yehezkiel 8:11, 12Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
11 Terdapat 70 orang pemimpin Israel berdiri di hadapan ukiran itu. Yazania anak Safan+ juga berdiri di situ bersama-sama mereka. Setiap orang memegang bekas perbaraan yang mengeluarkan asap yang harum.+ 12 Kemudian Dia berfirman lagi, “Hai anak manusia, adakah engkau nampak apa yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin itu di dalam kegelapan? Mereka semua berada di dalam bilik di bahagian dalam, dan berhala-berhala mereka dipamerkan di situ. Mereka berkata, ‘Yehuwa tidak nampak kita. Yehuwa telah meninggalkan negeri ini.’”+
-