-
Keluaran 18:25, 26Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
25 Musa memilih lelaki-lelaki yang cekap antara umat itu lalu melantik mereka untuk menjadi ketua atas 1,000 orang, 100 orang, 50 orang, dan 10 orang. 26 Jadi mereka mengadili masalah yang timbul. Jika masalah itu kecil, mereka akan menyelesaikannya sendiri. Tetapi jika masalah itu sukar, mereka akan mengemukakannya kepada Musa.+
-
-
Bilangan 27:1-5Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
27 Anak-anak perempuan Zelafehad+ daripada suku Manasye ialah Mahla, Noa, Hogla, Milkah, dan Tirza. (Zelafehad ialah anak Hefer, Hefer ialah anak Gilead, Gilead ialah anak Makhir, Makhir ialah anak Manasye, dan Manasye ialah anak Yusuf.) Mereka pergi 2 menghadap Musa, Imam Eleazar, para pemimpin,+ dan seluruh umat Israel, di pintu masuk khemah pertemuan. Mereka berkata, 3 “Bapa kami mati di padang belantara tetapi dia tidak mengikut para penyokong Korah+ yang menentang Yehuwa. Sebaliknya, dia mati kerana dosanya sendiri dan dia tidak mempunyai anak lelaki. 4 Mengapakah nama bapa kami harus lenyap daripada puaknya hanya kerana dia tidak mempunyai anak lelaki? Berilah kami tanah warisan bersama dengan saudara-saudara bapa kami.” 5 Maka Musa menyampaikan perkara mereka kepada Yehuwa.+
-