PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Keluaran 22:27
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 27 Hal ini demikian kerana jubah itu sahajalah penutup tubuhnya. Jika dia tidak mempunyai jubah, apakah yang akan digunakannya semasa dia tidur?+ Apabila dia berseru kepada-Ku, Aku pasti akan mendengarkan seruannya, kerana Aku berbelas kasihan.+

  • 2 Tawarikh 30:9
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 9 Jika kamu kembali kepada Yehuwa, bangsa yang menawan saudara-saudara kamu dan anak-anak kamu+ akan mengasihani mereka lalu membenarkan mereka kembali ke negeri ini.+ Yehuwa, Tuhan kamu, ialah Tuhan yang berbelas kasihan dan suka mengampuni.+ Dia akan menyambut* kamu jika kamu kembali kepada-Nya.”+

  • Nehemia 9:17
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 17 Mereka langsung tidak mahu mendengar.+ Meskipun Engkau telah melakukan banyak perbuatan yang menakjubkan di hadapan mereka, mereka masih melupakan semua perbuatan-Mu itu. Mereka menjadi degil dan telah melantik seorang ketua untuk membawa mereka kembali ke Mesir dan menjadi hamba semula.+ Tetapi Engkau Tuhan yang sedia mengampuni, penuh rahmat, berbelas kasihan, tidak cepat marah, melimpah dengan kasih yang setia,+ dan Engkau tidak meninggalkan mereka.+

  • Mazmur 86:15
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 Tetapi ya Yehuwa, Engkau Tuhan yang penuh rahmat dan belas kasihan.

      Engkau tidak cepat murka, dan penuh dengan kasih setia dan kebenaran.*+

  • Yoel 2:13
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 13 Jangan hanya mengoyakkan pakaian kamu,+ sebaliknya biarlah hati kamu yang remuk itu menyatakan penyesalan.*+

      Kembalilah kepada Aku, Yehuwa, Tuhan kamu.

      Aku Tuhan yang penuh rahmat dan belas kasihan. Aku tidak cepat murka+ dan Aku penuh dengan kasih setia.+

      Aku akan mempertimbangkan semula keputusan-Ku dan tidak mendatangkan bencana yang telah Aku firmankan.

  • Lukas 6:36
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 36 Teruslah berbelas kasihan sebagaimana Bapa kamu berbelas kasihan.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi