-
Keluaran 22:10, 11Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
10 “Jika seseorang bersetuju menjaga keldai, lembu, biri-biri, atau ternakan kepunyaan orang lain, kemudian binatang itu mati, tercedera, atau dirampas semasa tidak ada orang menyaksikannya, 11 dia perlu bersumpah di hadapan Aku, Yehuwa, bahawa dia tidak mengambil ternakan tersebut, dan pemilik itu mesti menerima hal itu. Dia tidak perlu membayar ganti rugi.+
-
-
Imamat 19:12Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
12 Jangan angkat sumpah palsu atas nama-Ku,+ kerana perbuatan itu menghina nama-Ku. Akulah Yehuwa, Tuhan kamu.
-