PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Keluaran 29:16-18
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 16 Kemudian, sembelihlah bebiri itu lalu ambillah darahnya dan percikkannya pada keempat-empat sisi mazbah.+ 17 Potonglah bebiri itu menjadi beberapa potongan. Basuhlah usus+ dan betisnya, lalu susunkan semua bahagian ini bersama dengan kepalanya. 18 Bakarlah seluruh bebiri jantan itu untuk Aku, Yehuwa, sehingga asap naik dari mazbah. Bau daripada korban yang dibakar ini menyenangkan hati-Ku.+ Inilah korban bakar untuk Aku, Yehuwa.

  • Imamat 8:18-21
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 18 Selepas itu Musa membawa bebiri jantan untuk korban bakar, lalu Harun dan anak-anak lelakinya meletakkan tangan mereka di atas kepala bebiri itu.+ 19 Musa menyembelih bebiri itu dan memercikkan darahnya pada setiap sisi mazbah. 20 Kemudian dia memotong bebiri itu menjadi beberapa bahagian, lalu menyusun bahagian-bahagian itu bersama kepala dan lemaknya di atas api pada mazbah. 21 Musa mencuci usus dan betis bebiri itu dengan air lalu membakar seluruh korban itu sehingga asap naik dari mazbah. Bau daripada korban bakar itu menyenangkan hati Yehuwa. Musa mempersembahkan korban yang dibakar itu seperti yang diperintahkan oleh Yehuwa kepadanya.

  • Imamat 9:12-14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 Kemudian Harun menyembelih binatang untuk korban bakar. Anak-anak lelaki Harun membawa darah binatang itu kepadanya dan Harun memercikkan darah itu pada setiap sisi mazbah.+ 13 Anak-anak Harun memberikan kepala dan bahagian-bahagian lain binatang itu kepada Harun, lalu Harun membakar semuanya sehingga asap naik dari mazbah. 14 Kemudian Harun mencuci usus dan betis binatang itu dan membakarnya bersama korban bakar itu sehingga asap naik dari mazbah.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi