PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Imamat 5:6
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 6 Dia harus membawa korban ganti rugi kepada Aku, Yehuwa, bagi dosa yang dilakukannya.+ Dia harus mempersembahkan seekor anak bebiri betina atau seekor anak kambing betina sebagai korban dosa. Kemudian imam akan memohon pengampunan dosa bagi pihaknya.

  • Imamat 6:6
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 6 Selain itu, dia harus membawa seekor bebiri jantan yang tidak ada kecacatan kepada imam untuk dipersembahkan sebagai korban ganti rugi kepada Aku, Yehuwa. Nilai bebiri yang dipersembahkan sebagai korban ganti rugi+ itu harus ditentukan oleh imam.

  • Imamat 14:2
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 2 “Inilah peraturan yang harus dipatuhi oleh pesakit kusta pada hari penyuciannya. Orang itu mesti dibawa menghadap imam.+

  • Imamat 14:12
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 Imam akan mempersembahkan seekor bebiri jantan bersama minyak itu sebagai korban ganti rugi.+ Dia akan mengayunkan semua itu ke depan dan belakang sebagai korban kepada Yehuwa.+

  • Imamat 19:20, 21
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 20 “‘Jika seorang lelaki melakukan hubungan seks dengan seorang hamba wanita yang sudah dijanjikan untuk lelaki lain, tetapi wanita itu belum ditebus atau dibebaskan, mereka berdua harus dihukum. Namun, mereka tidak patut dihukum mati, kerana wanita itu belum dibebaskan. 21 Lelaki itu harus membawa seekor bebiri jantan sebagai korban ganti rugi kepada Aku, Yehuwa, di hadapan pintu masuk khemah pertemuan.+

  • Bilangan 6:12
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 Namun, jangka waktu yang lampau itu tidak dihitung lagi kerana dia telah mencemarkan dirinya. Maka dia harus membaharui ikrarnya kepada Aku, Yehuwa, sebagai orang Nazir. Dia juga harus mempersembahkan seekor bebiri jantan yang berumur satu tahun sebagai korban ganti rugi.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi