-
Imamat 6:25, 26Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
25 “Beritahulah Harun dan anak-anak lelakinya, ‘Inilah perintah mengenai korban dosa:+ Binatang untuk korban dosa harus disembelih+ di hadapan Aku, Yehuwa, iaitu di tempat menyembelih binatang untuk korban bakar. Korban ini merupakan sesuatu yang sangat suci. 26 Imam yang mempersembahkan korban dosa ini harus memakannya+ di tempat yang suci, iaitu di halaman khemah pertemuan.+
-
-
Imamat 10:14Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
14 Tetapi kamu dan anak-anak kamu, baik lelaki mahupun perempuan, boleh memakan dada binatang yang telah diayunkan sebagai korban dan kaki binatang yang dikhaskan untuk para imam,+ di tempat yang suci. Hal ini demikian kerana itulah bahagian yang telah diberikan kepada kamu dan anak-anak kamu+ semasa orang Israel mempersembahkan korban pendamaian.
-
-
Bilangan 18:8Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
8 Yehuwa berfirman lagi kepada Harun, “Aku sendiri telah melantik engkau untuk menguruskan sumbangan yang diberikan kepada-Ku.+ Sebahagian daripada semua sumbangan suci itu, yang diberikan oleh orang Israel kepada Aku, akan Kuberikan kepada engkau dan anak-anak lelakimu.+ Itulah bahagian yang harus sentiasa dikhaskan untuk kamu.
-