-
Keluaran 29:1-3Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
29 “Lakukanlah hal-hal ini untuk menyucikan Harun dan anak-anak lelakinya supaya mereka dapat berkhidmat sebagai imam kepada-Ku. Ambillah seekor anak lembu jantan dan dua ekor bebiri jantan yang tidak ada kecacatan.+ 2 Buatlah tiga jenis roti yang tidak beragi daripada tepung gandum yang terbaik: Roti yang berbentuk bulat, roti berbentuk gelang yang dicampurkan dengan minyak, dan roti nipis yang disapu dengan minyak.+ 3 Letakkan semua roti itu di dalam bakul.+ Kemudian persembahkanlah roti itu bersama lembu jantan dan dua ekor bebiri jantan tersebut.
-
-
Imamat 6:14, 15Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
14 “‘Inilah perintah mengenai korban bijirin:+ Anak-anak lelaki Harun harus mempersembahkannya kepada Aku, Yehuwa, di hadapan mazbah. 15 Salah seorang daripada mereka akan mengambil segenggam tepung yang terbaik, yang dituangi minyak dan dibubuhi kemenyan putih, lalu membakar semuanya sehingga asap naik dari mazbah. Dia akan berbuat demikian sebagai tanda bahawa keseluruhan korban bijirin itu sudah dipersembahkan kepada Aku, Yehuwa. Bau daripada korban itu menyenangkan hati-Ku.+
-