PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Imamat 3:16, 17
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 16 Kemudian imam akan membakar semuanya sehingga asap naik dari mazbah. Itulah makanan yang dipersembahkan sebagai korban yang dibakar untuk Aku, Yehuwa. Semua lemak merupakan milik-Ku,+ dan bau daripada korban itu menyenangkan hati-Ku.

      17 “‘Kamu dan keturunan kamu mesti sentiasa mematuhi perintah ini tidak kira di mana kamu tinggal: Kamu sama sekali tidak boleh makan sebarang lemak atau darah.’”+

  • Imamat 4:8-10
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 8 “‘Selepas itu imam harus mengambil semua lemak lembu jantan itu, termasuk lemak yang melekati dan meliputi usus, 9 kedua-dua ginjal berserta lemak yang ada padanya, dan lemak yang ada pada hati lembu itu.+ 10 Imam harus mengeluarkan semua itu seperti yang dilakukan terhadap lembu jantan yang dipersembahkan sebagai korban pendamaian.+ Kemudian imam harus membakar semuanya di atas mazbah untuk korban bakar.

  • 1 Samuel 2:16, 17
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 16 Jika orang itu berkata, “Pastikan lemak binatang dibakar terlebih dahulu.+ Kemudian barulah kamu boleh mengambil apa pun yang kamu ingini,” pembantu imam itu akan berkata, “Tidak! Berikannya kepadaku sekarang juga. Jika tidak, aku akan mengambilnya dengan paksa!” 17 Demikianlah para pembantu itu melakukan dosa yang sangat besar di hadapan Yehuwa+ kerana mereka meremehkan korban yang dipersembahkan kepada Yehuwa.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi