-
Keluaran 29:26, 27Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
26 “Ambillah dada bebiri jantan yang dikorbankan semasa pelantikan Harun sebagai imam,+ dan ayunkannya ke depan dan belakang sebagai korban kepada Aku, Yehuwa. Bahagian ini akan menjadi milik engkau. 27 Sucikanlah bahagian-bahagian daripada bebiri jantan yang dikorbankan semasa pelantikan+ Harun dan anak-anak lelakinya, iaitu dada bebiri jantan yang telah diayunkan ke depan dan belakang sebagai korban dan kakinya yang menjadi milik imam.
-
-
Imamat 7:34, 35Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
34 Hal ini demikian kerana daripada korban pendamaian yang diberikan oleh umat Israel, Aku telah memberikan kaki kanan sebagai bahagian suci untuk Imam Harun dan anak-anak lelakinya. Aku juga telah mengambil dada binatang yang diayunkan itu untuk diberikan kepada mereka.+ Perintah ini harus sentiasa dipatuhi oleh umat Israel.
35 “‘Itulah bahagian yang diberikan kepada Harun dan anak-anak lelakinya pada hari mereka dibawa menghadap Aku, Yehuwa, untuk berkhidmat sebagai imam.+ Bahagian itu diambil daripada binatang yang dipersembahkan sebagai korban yang dibakar untuk Aku, Yehuwa.
-