PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Bilangan 6:23-27
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 23 “Beritahulah Harun dan anak-anak lelakinya, ‘Inilah caranya kamu harus memberkati+ orang Israel. Katakanlah kepada mereka:

      24 “Semoga Yehuwa memberkati+ dan melindungi kamu.

      25 Semoga Yehuwa memancarkan cahaya-Nya ke atas kamu,+ dan semoga Dia merahmati kamu.

      26 Semoga Yehuwa berkenan kepada kamu dan mengurniai kamu kedamaian.”’+

      27 Mereka harus mengucapkan nama-Ku sebagai berkat kepada umat Israel+ supaya Aku memberkati umat Israel.”+

  • Ulangan 10:8
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 8 “Pada masa itu, Yehuwa telah mengekhaskan orang Lewi+ untuk berkhidmat kepada-Nya. Mereka ditugaskan untuk membawa tabut perjanjian Yehuwa+ dan untuk memberkati umat Yehuwa demi nama-Nya,+ seperti yang dilakukan mereka sampai hari ini.

  • Ulangan 21:5
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 5 “Para imam Lewi juga harus pergi ke situ kerana Yehuwa, Tuhan kamu, telah memilih mereka untuk berkhidmat kepada-Nya+ dan untuk mengisytiharkan berkat atas nama Yehuwa.+ Mereka akan menentukan tindakan yang harus diambil sehubungan dengan perkara yang melibatkan keganasan.+

  • 1 Tawarikh 23:13
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 13 Anak-anak lelaki Amram ialah Harun+ dan Musa.+ Harun dan anak-anak lelakinya dikhaskan untuk berkhidmat di Bilik Maha Suci pada setiap masa.+ Mereka sentiasa mempersembahkan korban di hadapan Yehuwa, melayani-Nya, dan memberkati orang dengan nama-Nya.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi