PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Imamat 5:11, 12
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 11 “‘Jika orang itu tidak mampu memberikan dua ekor burung tekukur atau dua ekor burung merpati muda, dia harus mempersembahkan satu persepuluh efa*+ tepung yang terbaik sebagai korban dosa. Tepung itu tidak boleh dicampuri minyak atau kemenyan putih kerana korban itu merupakan korban dosa. 12 Dia harus membawa tepung itu kepada imam. Kemudian imam akan mengambil segenggam tepung itu lalu membakarnya di atas mazbah sebagai tanda bahawa keseluruhan korban itu sudah dipersembahkan kepada Aku. Imam akan membakar korban dosa itu bersama korban yang telah dibakar di atas api untuk Aku, Yehuwa. Dia harus membakar semua itu sehingga asap naik dari mazbah.

  • Imamat 6:14, 15
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 14 “‘Inilah perintah mengenai korban bijirin:+ Anak-anak lelaki Harun harus mempersembahkannya kepada Aku, Yehuwa, di hadapan mazbah. 15 Salah seorang daripada mereka akan mengambil segenggam tepung yang terbaik, yang dituangi minyak dan dibubuhi kemenyan putih, lalu membakar semuanya sehingga asap naik dari mazbah. Dia akan berbuat demikian sebagai tanda bahawa keseluruhan korban bijirin itu sudah dipersembahkan kepada Aku, Yehuwa. Bau daripada korban itu menyenangkan hati-Ku.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi