-
Imamat 13:25Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
25 imam harus memeriksa orang itu. Jika bulu roma di situ sudah menjadi putih dan bahagian itu lebih dalam daripada kulit di sekelilingnya, itu ialah penyakit kusta yang bermula daripada luka tersebut. Imam harus mengumumkan bahawa orang itu najis kerana dia sudah dijangkiti penyakit kusta.
-
-
Imamat 13:30Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
30 imam harus memeriksa+ orang itu. Jika rambut atau janggut di situ sedikit dan berwarna kuning, dan bahagian itu lebih dalam daripada kulit di sekelilingnya, imam harus mengumumkan bahawa orang itu najis. Kulit kepala atau janggut orang itu sudah dijangkiti penyakit. Itu ialah penyakit kusta pada kepala atau dagu.
-
-
Imamat 13:42Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
42 Tetapi jika terdapat luka yang berwarna putih kemerah-merahan pada tempat yang botak itu, sama ada pada bahagian atas atau depan kepala orang tersebut, maka itu ialah penyakit kusta yang bermula daripada bahagian botak itu.
-
-
Bilangan 12:12Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
12 Janganlah biarkan dia menjadi seperti bayi yang lahir mati, yang dagingnya sudah setengah busuk ketika dilahirkan.”
-