PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Imamat 14:49-53
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 49 Dia akan mengambil dua ekor burung, sepotong kayu sedar, benang merah, dan seikat rumput hisop,+ untuk upacara penyucian rumah itu. 50 Imam akan menyembelih salah seekor burung itu di atas bekas tanah liat yang berisi air bersih. 51 Selepas itu, imam akan mengambil burung yang satu lagi bersama kayu sedar, rumput hisop, dan benang merah, lalu mencelup semuanya ke dalam darah burung yang telah disembelih itu. Kemudian imam akan memercikkan darah itu sebanyak tujuh kali ke arah rumah tersebut.+ 52 Dia akan menjalankan upacara penyucian untuk rumah itu dengan menggunakan darah burung yang disembelih, air yang bersih, burung yang masih hidup, kayu sedar, rumput hisop, dan benang merah. 53 Selepas itu imam akan melepaskan burung yang hidup itu ke padang di luar kota. Dengan cara ini, imam akan melakukan upacara penyucian untuk rumah itu, lalu rumah itu akan menjadi tahir.

  • Bilangan 19:6
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 6 Kemudian imam itu harus mengambil sepotong kayu sedar, seikat rumput hisop,+ dan seutas benang merah, lalu melemparkan semuanya ke dalam api yang sedang membakar lembu itu.

  • Bilangan 19:9
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 9 “‘Selepas itu, seseorang yang tidak najis harus mengumpulkan abu lembu itu,+ iaitu lembu yang telah dipersembahkan sebagai korban dosa. Orang tersebut harus meletakkan abu itu di tempat yang bersih di luar perkhemahan, agar dapat digunakan untuk menyediakan air bagi upacara penyucian.+ Air itu akan digunakan oleh umat Israel.

  • Mazmur 51:7
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  7 Sucikanlah aku daripada dosaku* agar aku menjadi bersih;+

      Basuhlah aku agar aku menjadi lebih putih daripada salji.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi