PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Roma 3:25
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 25 Tuhan menyerahkan Kristus sebagai korban supaya orang yang beriman kepada darah Kristus+ dapat berdamai dengan-Nya.*+ Dengan demikian, Tuhan memperlihatkan keadilan-Nya, kerana Dia bersabar dan mengampunkan dosa-dosa yang dilakukan pada masa lampau.

  • Ibrani 9:12
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 Kristus masuk ke dalam Bilik Maha Suci bukan dengan membawa darah kambing atau darah lembu jantan muda, tetapi dengan membawa darahnya sendiri.+ Dia masuk sekali untuk selama-lamanya dan memperoleh pembebasan* yang kekal untuk kita.+

  • Ibrani 9:24, 25
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 24 Kristus tidak masuk ke dalam Bilik Maha Suci yang dibuat dengan tangan manusia,+ yang hanyalah tiruan daripada Bilik Maha Suci yang sebenar.+ Tetapi dia masuk ke syurga;+ sekarang di sana, dia menghadap Tuhan bagi pihak kita.+ 25 Dia berbuat demikian, bukan untuk mempersembahkan dirinya berulang kali, seperti yang dilakukan oleh imam agung yang masuk ke dalam Bilik Maha Suci tiap-tiap tahun+ dengan membawa darah yang bukan darahnya sendiri,

  • Ibrani 10:4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 4 Hal ini demikian kerana darah lembu jantan dan darah kambing tidak mungkin dapat menghapuskan dosa.

  • Ibrani 10:12
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 Namun, Yesus mempersembahkan satu korban untuk menebus dosa, dan korban itu berlaku untuk selama-lamanya. Dia telah duduk di sebelah kanan Tuhan,+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi