PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Imamat 16:5
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 5 “Umat Israel+ harus memberikan dua ekor kambing jantan sebagai korban dosa dan seekor bebiri jantan sebagai korban bakar kepada Harun.

  • Ibrani 2:17
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 17 Oleh itu, dia harus menjadi seperti “saudara-saudaranya” dalam segala hal+ agar dia dapat berkhidmat kepada Tuhan sebagai seorang imam agung yang berbelas kasihan dan setia, dan agar dia dapat mempersembahkan korban pendamaian*+ bagi dosa-dosa orang.+

  • Ibrani 5:1-3
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 5 Setiap imam agung yang dipilih daripada kalangan manusia dilantik untuk berkhidmat kepada Tuhan bagi pihak mereka.+ Tugasnya adalah untuk mempersembahkan pemberian dan korban demi dosa mereka.+ 2 Seorang imam agung dapat berbelas kasihan* terhadap mereka yang kurang pengetahuan dan yang berbuat salah,* kerana dia juga perlu berdepan dengan* kelemahan sendiri. 3 Itulah sebabnya dia juga mesti mempersembahkan korban untuk dosanya sendiri, sepertimana dia mempersembahkan korban untuk dosa orang lain.+

  • Ibrani 9:26
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 26 kerana jika demikian, dia perlu menderita berulang kali sejak dunia diasaskan.* Tetapi sekarang, pada penghujung sistem-sistem ini,* dia sudah menunjukkan dirinya sekali sahaja untuk selama-lamanya, dan dia telah mengorbankan dirinya untuk menyingkirkan dosa.+

  • 1 Yohanes 2:1, 2
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 2 Anak-anak yang dikasihi, aku menulis kepada kamu tentang hal-hal ini supaya kamu tidak berbuat dosa. Namun jika seseorang berbuat dosa, kita mempunyai seorang penolong* yang melakukan apa yang benar, iaitu Yesus Kristus,+ yang ada bersama Bapa.+ 2 Dia merupakan korban pendamaian,*+ bukan sahaja untuk dosa kita,+ tetapi juga untuk dosa semua orang di dunia.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi