-
Imamat 20:17Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
17 “‘Jika seorang lelaki melakukan hubungan seks dengan saudara perempuannya, sama ada anak perempuan bapanya atau anak perempuan ibunya, lelaki dan perempuan itu mesti dihukum mati di hadapan umat Israel. Perbuatan mereka itu sangat memalukan.+ Lelaki itu telah melihat saudara perempuannya dalam keadaan yang telanjang. Dia harus mati kerana dosanya sendiri.
-
-
Ulangan 27:22Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
22 “‘Terkutuklah orang yang melakukan hubungan seks dengan saudara perempuannya, sama ada anak perempuan bapanya atau anak perempuan ibunya.’+ (Seluruh umat harus berkata, ‘Amin!’)
-
-
2 Samuel 13:10-12Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
10 Amnon berkata kepada Tamar, “Bawalah makanan itu ke bilik tidur supaya aku dapat makan.” Maka Tamar mengambil kuih-kuih berbentuk hati yang telah dibuatnya dan membawanya kepada Amnon di bilik tidurnya. 11 Ketika Tamar menghidangkan kuih-kuih itu kepada Amnon, Amnon memegang Tamar dan berkata, “Marilah tidur dengan aku!” 12 Tetapi Tamar berkata, “Jangan begitu abangku! Jangan menghinaku kerana hal ini tidak patut berlaku di Israel.+ Jangan lakukan perbuatan yang memalukan ini.+
-