PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Keluaran 23:3
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 3 Jangan bersikap berat sebelah semasa mengadili perselisihan yang melibatkan orang miskin.+

  • Ulangan 1:16, 17
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 16 “Pada masa itu, aku telah memberikan perintah ini kepada para hakim kamu: ‘Jika ada pertikaian yang timbul, baik antara saudara-saudara kamu sendiri mahupun antara saudara kamu dengan orang asing+ yang tinggal dalam kalangan kamu, kamu mesti menghakimi perkara itu dengan adil.+ 17 Tidak kira seseorang berkedudukan tinggi atau rendah,+ kamu tidak boleh bersikap berat sebelah.+ Semasa menghakimi, janganlah takut terhadap sesiapa pun+ kerana kamu bertindak sebagai wakil Tuhan.+ Jika timbul perkara yang terlalu sukar bagi kamu, serahkanlah perkara itu kepadaku, dan aku akan mengadilinya.’+

  • Ulangan 16:19
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 19 Jangan memutarbalikkan keadilan+ dan jangan berat sebelah.+ Jangan terima rasuah, kerana rasuah membutakan mata orang yang bijaksana terhadap apa yang benar,+ dan menyebabkan orang yang baik dan adil mengubah keputusannya.

  • 2 Tawarikh 19:6
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 6 Dia berkata kepada para hakim itu, “Berhati-hatilah dalam segala perbuatan kamu, kerana kamu melaksanakan penghakiman atas nama Yehuwa, dan bukannya atas nama manusia. Tuhan menyertai kamu apabila kamu melaksanakan penghakiman.+

  • Roma 2:11
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 11 Hal itu demikian kerana Tuhan tidak berat sebelah.+

  • Yakobus 2:9
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 9 Tetapi jika kamu terus bersikap berat sebelah,+ kamu berdosa dan hukum itu juga menunjukkan dengan jelas bahawa kamu telah melanggar hukum.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi