PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Keluaran 3:17
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 17 Aku berjanji untuk membebaskan kamu daripada penindasan+ orang Mesir. Aku akan membawa kamu ke negeri orang Kanaan, Het, Amori,+ Feris, Hewi, dan Yebus,+ ke tanah yang melimpah dengan susu dan madu.”’+

  • Keluaran 6:8
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 8 Aku akan membawa kamu masuk ke tanah yang telah Aku janjikan untuk diberikan kepada Abraham, Ishak, dan Yakub. Aku telah bersumpah bahawa tanah itu akan menjadi warisan kamu.+ Akulah Yehuwa.’”+

  • Ulangan 8:7-9
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 7 Yehuwa, Tuhan kamu, sedang membawa kamu ke tanah yang subur itu.+ Tanah itu mempunyai banyak sungai,* mata air, dan sumber-sumber air yang lain, yang memancur dari bukit-bukit dan yang mengalir di kawasan dataran. 8 Di sana terdapat juga gandum, barli, pokok anggur, pokok ara, pokok delima,+ pokok zaitun, dan madu.+ 9 Di tanah itu, kamu akan mempunyai makanan yang berlimpah-limpah sehingga kamu tidak akan kekurangan apa-apa pun. Batu-batu di sana mengandungi besi, dan kamu dapat melombong tembaga dari bukit-bukit di situ.

  • Yehezkiel 20:6
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 6 Pada hari itu, Aku bersumpah bahawa Aku akan membawa mereka keluar dari Mesir, dan memimpin mereka ke tanah yang telah Aku pilih bagi mereka, iaitu ke tanah yang melimpah dengan susu dan madu.+ Ya, tanah itu ialah tanah yang tercantik antara semua tanah.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi