PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Bilangan 28:26-31
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 26 “‘Pada hari kamu menyambut Perayaan Menuai,+ iaitu semasa kamu mempersembahkan hasil pertama tanaman kamu+ dan semasa kamu mempersembahkan biji-bijian baharu sebagai korban kepada Aku, Yehuwa,+ kamu harus berkumpul dan beribadat kepada-Ku. Kamu tidak boleh bekerja pada hari itu.+ 27 Kamu harus mempersembahkan dua ekor lembu jantan muda, seekor bebiri jantan, dan tujuh ekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun,+ sebagai korban bakar kepada Aku, Yehuwa. Bau daripada korban-korban itu menyenangkan hati-Ku. 28 Kamu juga harus mempersembahkan korban bijirin, berupa tepung terbaik yang dicampuri minyak zaitun. Persembahkanlah tiga persepuluh efa tepung bagi setiap lembu jantan, dua persepuluh efa tepung bagi bebiri jantan, 29 dan satu persepuluh efa tepung bagi setiap anak bebiri jantan. 30 Selain itu, persembahkanlah seekor kambing jantan muda sebagai korban dosa untuk menebus dosa kamu.+ 31 Semua korban itu harus dipersembahkan sebagai tambahan kepada korban bakar, korban bijirin, dan korban wain, yang biasa dipersembahkan setiap hari. Semua binatang yang dipersembahkan itu haruslah tidak ada kecacatan.+

  • Ulangan 16:16
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 16 “Tiga kali setahun, iaitu pada Perayaan Roti Tidak Beragi,+ Perayaan Menuai,+ dan Perayaan Pondok Daun,+ semua lelaki dalam kalangan kamu harus datang menghadap Yehuwa, Tuhan kamu, di tempat yang dipilih-Nya. Mereka tidak boleh menghadap Yehuwa dengan tangan kosong.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi