-
Keluaran 27:20, 21Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
20 “Suruhlah umat Israel untuk membawa minyak zaitun tulen bagi pelita supaya pelita-pelita itu sentiasa bernyala.+ 21 Pelita-pelita di dalam khemah pertemuan, iaitu di luar tirai pemisah yang berhampiran dengan tabut,+ mesti sentiasa bernyala di hadapan Aku, Yehuwa.+ Harun dan anak-anak lelakinya haruslah memastikan agar semua pelita itu tetap bernyala dari petang sampai pagi. Perintah ini mesti sentiasa dipatuhi oleh orang Israel dan keturunan mereka.+
-
-
Bilangan 8:2Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
2 “Beritahulah Harun, ‘Apabila engkau menyalakan tujuh buah pelita itu, pastikan bahawa cahaya daripada pelita-pelita itu menerangi bahagian depan kaki pelita.’”+
-