-
Rut 4:4-6Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
4 Saya rasa bahawa kamu harus diberitahu tentang hal ini. Maka dengarlah kata-kata saya. Jika kamu ingin membeli tanah itu, belilah di hadapan penduduk dan para pemimpin kota.+ Tetapi jika kamu enggan menebus tanah itu, beritahulah saya. Hal ini demikian kerana kamulah yang pertama berhak menebusnya. Kemudian barulah saya.” Orang itu menjawab, “Saya sudi menebus tanah itu.”+ 5 Boaz berkata lagi, “Baiklah, tetapi kamu haruslah ingat bahawa tanah itu bukan sahaja milik Naomi. Tanah itu juga milik Rut, wanita Moab yang merupakan isteri kepada anak lelaki Naomi yang telah meninggal. Jadi kamu harus membeli tanah itu daripada mereka berdua. Dengan demikian, tanah tersebut akan tetap menjadi milik keturunan orang yang mati itu.”+ 6 Orang itu menjawab, “Kalau begitu, saya tidak dapat menebusnya. Jika saya menebusnya, hal itu akan merugikan saya. Maka biarlah saya melepaskan hak saya untuk menebus tanah itu. Kamulah yang menebus tanah itu.”
-