-
Imamat 1:15-17Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
15 Imam harus membawa burung itu ke mazbah lalu menggentas* lehernya dan mencurahkan darahnya pada sisi mazbah. Dia harus membakarnya sehingga asap naik dari mazbah. 16 Bulu dan tembolok* burung itu harus dikeluarkan lalu dibuang di sebelah timur mazbah, iaitu di tempat membuang abu.*+ 17 Burung itu harus dibelah pada bahagian tengah di antara kedua-dua sayapnya, tetapi tubuh burung itu tidak boleh diceraikan sepenuhnya. Kemudian imam akan membakar burung itu di atas api sehingga asap naik dari mazbah. Bau daripada korban yang dibakar itu menyenangkan hati-Ku. Itulah korban bakar untuk Aku, Yehuwa.
-