28 Lantiklah Yosua+ sebagai penggantimu dan kuatkanlah hatinya, kerana dialah yang akan memimpin+ umat Israel untuk menyeberangi Sungai Yordan dan menduduki tanah yang akan engkau lihat itu.’
14 Kemudian Yehuwa berfirman kepada Musa, “Engkau akan mati tidak lama lagi.+ Panggillah Yosua dan pergilah ke khemah pertemuan supaya Aku dapat melantiknya sebagai pemimpin.”+ Maka Musa dan Yosua pergi ke khemah pertemuan.
23 Tuhan melantik Yosua+ anak Nun dan berfirman kepadanya, “Hendaklah engkau berani dan teguh,+ kerana engkau akan memimpin umat ini untuk masuk ke tanah yang telah Aku janjikan kepada mereka,+ dan Aku akan sentiasa menyertai engkau.”