-
Imamat 23:27-31Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
27 “Hari ke-10 bulan ketujuh, merupakan Hari Pengampunan Dosa.+ Kamu semua mesti berkumpul dan beribadat kepada-Ku. Kamu mesti berdukacita atas dosa-dosa kamu+ dan mempersembahkan korban yang dibakar untuk Aku, Yehuwa. 28 Kamu tidak boleh bekerja pada hari itu kerana pada hari itu, kamu akan memohon pengampunan dosa+ di hadapan Aku. Dengan demikian, kamu dapat berbaik semula dengan Aku, Yehuwa, Tuhan kamu. 29 Pada hari itu, sesiapa yang tidak berdukacita atas dosa-dosanya* mesti dihukum mati.+ 30 Aku akan membinasakan sesiapa sahaja yang bekerja pada hari itu. 31 Kamu dan keturunan kamu mesti sentiasa mematuhi perintah ini tidak kira di mana kamu tinggal. Kamu tidak boleh bekerja pada hari itu.
-