PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Bilangan 22:7
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 7 Maka para pemimpin orang Moab dan para pemimpin orang Midian pergi berjumpa dengan Bileam.+ Mereka membawa upah untuk Bileam agar dia mengutuk orang Israel. Apabila mereka bertemu dengan Bileam, mereka menyampaikan pesanan Balak kepadanya.

  • Bilangan 25:1-3
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 25 Semasa umat Israel berkhemah di Sitim,+ kaum lelaki orang Israel mula melakukan hubungan seks dengan perempuan-perempuan Moab.+ 2 Perempuan Moab mengajak orang Israel pergi mempersembahkan korban kepada dewa-dewa mereka.+ Maka orang Israel memakan korban-korban itu dan mula bersujud menyembah dewa-dewa orang Moab.+ 3 Mereka ikut menyembah Dewa Baal di Peor,+ maka Yehuwa menjadi sangat murka terhadap mereka.

  • Bilangan 25:17, 18
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 17 “Seranglah orang Midian dan bunuhlah mereka,+ 18 kerana dengan licik, mereka telah menipu kamu sehingga kamu berdosa di Peor.+ Mereka telah menggunakan Kozbi, anak ketua orang Midian, iaitu perempuan yang dibunuh+ pada hari kamu ditimpa wabak yang telah Aku datangkan kerana dosa kamu di Peor,+ untuk menggoda kamu sehingga kamu ditimpa malapetaka.”

  • 1 Korintus 10:8
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 8 Janganlah kita mengamalkan perbuatan seks yang tidak bermoral* seperti yang dilakukan oleh sesetengah orang dalam kalangan mereka, sehingga 23,000 orang daripada mereka telah mati dalam sehari.+

  • Wahyu 2:14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 14 “‘Walaupun begitu, aku ingin menegur kamu atas beberapa hal yang berikut: Ada orang dalam kalangan kamu yang berpaut pada ajaran Bileam.+ Bileamlah yang mengajar Balak+ untuk meletakkan batu sandungan di depan orang Israel dengan menyuruh mereka memakan makanan yang dipersembahkan kepada berhala dan melakukan perbuatan seks yang tidak bermoral.*+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi