-
Ulangan 3:19, 20Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
19 Hanya anak isteri kamu dan ternakan kamu yang akan tinggal di kota-kota yang telah kuberikan kepada kamu. (Aku tahu bahawa kamu mempunyai ternakan yang banyak sekali.) 20 Selepas Yehuwa memberi saudara-saudara kamu kedamaian, seperti yang telah diberikan-Nya kepada kamu, dan selepas saudara-saudara kamu menakluki tanah yang diberikan oleh Yehuwa kepada mereka, barulah kamu boleh kembali dan menetap di tanah yang telah diberikan kepada kamu itu.’+
-
-
Yosua 1:14, 15Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
14 Semua isteri dan anak kamu serta ternakan kamu harus tinggal di tanah yang telah diberikan oleh Musa kepada kamu di sebelah timur Sungai Yordan.+ Tetapi kamu harus mengatur barisan tentera kamu dan menyeberangi sungai mendahului saudara-saudaramu yang lain.+ Semua askar kamu yang gagah+ harus membantu mereka 15 sehingga Yehuwa memberi saudara-saudara kamu kedamaian, seperti yang telah diberikan-Nya kepada kamu. Setelah mereka menakluki tanah yang diberikan oleh Tuhanmu Yehuwa kepada mereka, barulah kamu boleh kembali dan menetap di tanah yang telah diberikan kepada kamu, iaitu tanah yang diberikan oleh Musa, hamba Yehuwa, kepada kamu di sebelah timur Sungai Yordan.’”+
-
-
Yosua 13:8Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
8 Musa telah memberikan tanah di sebelah timur Sungai Yordan sebagai warisan kepada setengah daripada suku Manasye yang lain, suku Ruben, dan suku Gad. Tanah yang diberikan oleh Musa, hamba Yehuwa, merangkumi kawasan berikut:+
-