PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Keluaran 23:31-33
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 31 “Aku akan menetapkan sempadan negeri kamu, iaitu dari Laut Merah ke Laut Tengah,* dan dari padang belantara ke sungai besar.*+ Aku akan menyerahkan penduduk negeri itu ke dalam tangan kamu, dan kamu akan mengusir mereka semua.+ 32 Jangan membuat perjanjian dengan mereka atau tuhan-tuhan mereka.+ 33 Jangan biarkan mereka tinggal di negeri kamu, supaya mereka tidak membuat kamu berdosa terhadap-Ku. Jika kamu menyembah tuhan-tuhan mereka, hal itu pasti akan menjadi jerat bagi kamu.”+

  • Ulangan 7:3, 4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 3 Jangan menjalin ikatan perkahwinan dengan mereka. Jangan mengahwinkan anak perempuan kamu dengan anak lelaki mereka, dan jangan mengambil anak perempuan mereka untuk dijadikan isteri anak lelaki kamu.+ 4 Hal ini demikian kerana mereka akan menyebabkan anak-anak lelaki kamu menyembah tuhan-tuhan lain.+ Jika hal ini berlaku, Yehuwa pasti akan murka terhadap kamu dan membinasakan kamu dengan serta-merta.+

  • Yosua 23:12, 13
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 “Tetapi jika kamu meninggalkan Tuhan dan berpaut pada bangsa-bangsa yang masih tinggal bersama kamu,+ menjalin ikatan perkahwinan dengan mereka,+ dan bergaul dengan mereka, 13 kamu pasti tahu bahawa Tuhanmu Yehuwa tidak akan mengusir bangsa-bangsa itu untuk kamu lagi.+ Mereka akan menjadi seperti jerat dan seperti perangkap untuk kamu. Mereka juga akan menjadi seperti cambuk pada belakang kamu+ dan seperti duri di dalam mata kamu, sehingga kamu lenyap dari tanah yang indah ini yang telah diberikan oleh Yehuwa, Tuhan kamu.

  • Hakim-Hakim 2:2, 3
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 2 dan kamu pula tidak boleh membuat perjanjian dengan penduduk negeri ini.+ Kamu mesti merobohkan mazbah-mazbah mereka.’+ Tetapi kamu tidak mematuhi perintah-Ku.+ Mengapakah kamu berbuat demikian? 3 Itulah sebabnya Aku juga berfirman, ‘Aku tidak akan mengusir penduduk negeri ini dari hadapan kamu.+ Mereka akan menjadi jerat bagi kamu+ dan tuhan-tuhan mereka akan mengumpan kamu sehingga kamu menjauhi Aku.’”+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi