-
Ulangan 3:12, 13Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
12 Pada waktu itu, kita menakluki kawasan dari Aroer,+ yang terletak di tepi Lembah Arnon, sampai ke setengah daripada kawasan pergunungan Gilead. Aku telah memberikan semua kota di kawasan itu kepada suku Ruben dan suku Gad.+ 13 Kawasan Gilead yang selebihnya dan seluruh Basan yang diperintah oleh Raja Og telah aku berikan kepada separuh suku Manasye.+ Seluruh daerah Argob, iaitu Basan, dahulu dikenali sebagai tanah orang Refaim.
-
-
Yosua 13:8Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
8 Musa telah memberikan tanah di sebelah timur Sungai Yordan sebagai warisan kepada setengah daripada suku Manasye yang lain, suku Ruben, dan suku Gad. Tanah yang diberikan oleh Musa, hamba Yehuwa, merangkumi kawasan berikut:+
-