-
Imamat 25:32-34Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
32 “‘Orang Lewi sentiasa berhak untuk menebus rumah mereka yang terletak di dalam kota-kota+ yang telah diberikan kepada mereka. 33 Jika seorang Lewi tidak menebus rumahnya yang telah dijual, rumah itu harus dikembalikan kepadanya pada Tahun Pembebasan.+ Hal ini demikian kerana rumah yang dimiliki orang Lewi di kota-kota itu merupakan milik tetap mereka dalam kalangan umat Israel.+ 34 Padang rumput+ di sekitar kota-kota orang Lewi tidak boleh dijual kerana padang rumput itu merupakan milik tetap mereka.
-