-
Keluaran 26:32Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
32 Gantungkanlah tirai itu pada empat batang tiang kayu akasia yang bersalut emas, dengan menggunakan cangkuk-cangkuk emas. Tiang-tiang itu haruslah ditegakkan di atas empat buah alas perak.
-
-
Keluaran 26:37Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
37 Buatlah lima batang tiang kayu akasia yang bersalut emas untuk tabir khemah. Buatlah juga cangkuk-cangkuk emas dan lima alas tembaga untuk tiang-tiang itu.
-
-
Keluaran 36:37, 38Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
37 Kemudian dia menenun tabir untuk pintu masuk khemah. Tabir itu dibuat daripada benang biru, benang merah, kain bulu yang dicelup ungu, dan kain linen halus yang dipintal.+ 38 Dia membuat lima batang tiang dengan cangkuk-cangkuknya untuk tabir tersebut. Selepas itu, dia menyaluti bahagian atas tiang dan penghubung-penghubungnya* dengan emas. Dia juga membuat lima buah alas tiang daripada tembaga.
-