PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Bilangan 4:15
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 “Apabila orang Israel memindahkan perkhemahan mereka, Harun dan anak-anak lelakinya mesti menutup semua peralatan di dalam khemah suci.+ Kemudian barulah orang Kehat boleh masuk untuk mengangkat benda-benda itu.+ Tetapi mereka tidak boleh menyentuh benda-benda suci itu. Jika mereka menyentuhnya, mereka akan mati.+ Orang Kehat ditugaskan untuk mengangkat benda-benda suci itu.

  • Bilangan 4:24-26
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 24 Inilah tugas yang harus dilakukan oleh puak Gerson:+ 25 Mereka harus mengangkat kain-kain penutup khemah suci,+ iaitu kain yang dibuat daripada linen, kain yang dibuat daripada bulu kambing, dan kain penutup yang dibuat daripada kulit bebiri jantan, serta kain penutup daripada kulit anjing laut yang diletakkan di atasnya.+ Mereka juga harus mengangkat tabir untuk pintu masuk khemah pertemuan,+ 26 tirai halaman khemah+ yang mengelilingi khemah suci dan mazbah, tirai untuk pintu masuk halaman khemah,+ tali di halaman khemah, dan semua peralatan lain yang berkaitan dengan benda-benda itu. Itulah tugas yang harus dilakukan oleh mereka.

  • Bilangan 4:31-33
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 31 Inilah tugas yang harus dilakukan+ oleh mereka di khemah pertemuan: Mereka harus mengangkat semua rangka khemah suci,+ kayu lintang,+ tiang,+ alas tiang,+ 32 pasak,+ tali, tiang+ dan alas tiang+ di halaman khemah, dan semua peralatan lain yang berkaitan dengan benda-benda itu. Kamu harus menentukan benda yang harus diangkat oleh setiap orang. 33 Itulah tugas puak Merari+ di khemah pertemuan. Mereka harus melaksanakan tugas mereka di bawah pimpinan Itamar anak Harun.”+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi